kita mencari cinta! perlukah semua tu? cinta dariNya itulah yang perlu dicari. kalau disebabkan cinta sesama manusia yang tidak kekal abadi ni, usahlah nampak desperate sangat kan nak mencarinya. nilai cinta tu belum tentu lagi tinggi. kebanyakan orang sekarang ni, lebih-lebih lagi remaja begitu berlumba-lumba mencari cinta. sedangkan dia tidak tahu kat mana cinta tu ada. masa tu mulalah risau! sebenarnya orang yang mencari ni pula pada aku, terbahagi kepada beberapa jenis. antaranya mencari cinta yang sejati, tak pun mencari cinta yang sekadar persinggahan. logik bukan? wujud je orang yang tak boleh hidup tanpa pasangan kekasih. bila putus, terus cari lain. tak kisah sape, asalkan dia ada peneman! mencari cinta yang tiada nilai mungkin.
kita dicari cinta! semua orang menginginkan keadaan ni. dicari cinta. tanpa perlu berpenat-lelah, berlumba-lumba dengan semua orang, tiba-tiba cinta datang mengetuk pintu hati. manis kan? tapi semaikanlah ia pada jalanNya. insyaAllah, pada masa yang sesuai mengikut aturanNya, cinta itu pasti hadir tanpa kita perlu letih untuk mencari. selagi bergelar seorang pelajar, tidak perlulah kita risau tentang perkara yang tidak menjejaskan kehidupan kita. selagi kita mampu beribadat dan belajar itu sudah cukup memadai. tiba masanya, cinta itu ada!
seperti cinta! kita ingin memiliki, semua kata cinta itu manis. kita inginkannya. dan mungkin saat itu kita perlu menunggu cinta itu hadir untuk kita hargainya. kerana?? masa yang masih belum sesuai. masa yang belum cukup untuk berjalan ke sana ke sini mencarinya. komitmen yang belum tinggi untuk menghargainya. kita hanya mampu mengikut aturan perjalanan kehidupan ini.
andaikan kita berkahwin tanpa pernah bercinta dengan dia, carilah cinta untuk suami/isteri kita tu! cinta itu perlu dicari.
andaikan cinta datang mengetuk pintu hati dalam keadaan kita belum bersedia, adulah kepadaNya. mungkin saat itu waktu yang sesuai untuk kita. kerana itulah cinta itu hadir.
p/s: Kalau benda yg dah tak sayang, buatpa nak simpan lama-2? Mcam barangla, kalau barang dah tidak digunakan, sampai bila nak simpan dlm stor? tong sampah kitar semula berlambak-lambak kat luar rumah, buang ja. drpd simpan lama-2, tpi buat sakit hati ja
No comments:
Post a Comment