Dah sebulan lebih kita pisah, tapi rasanya macam semalam aku dengan dia. Aku memang tak boleh lupakan dia la, aku dah cuba sedaya upaya, tapi hasilnya...gagal ='(
Dia tak sedar yg orang yg dia ingat setiap hari dah tinggalkan dia, dia masih diambang-ambang mimpi. Dia tak sedar yg sekarang dia bersendirian, padahal orang yg disanjungnya dah lama pergi. Patut tiap hari dia merasa ada sesuatu yg hilang dari dia, tapi bagi dia ia nya hilang tak lama. "Dia pegi sat ja tuuu" , fikir si pempuan nih. Dia taktau yg si dia yg dia tunggu selama nih dah ada yg baru, dia tetap menunggu takpa keluh. Dia tak peduli apa saja yg orang sekeliling bercakap mengenai si lelaki, yg baik mahupun yg jahat. Dia tetap pertahankan si lelaki. Dia taktau si lelaki sedang menipunya, tapi dia tetap tersenyum polos seperti tiada siapa yg mengkhianatinya. Dia tidak sedar yg si lelaki mengambil kesempatan pada dirinya, dia tetap mempercayai si lelaki lebih dari segalanya. Bila si lelaki sakit, dia korbankan apa saja lebih dari nyawanya cuma utk membuat si lelaki mengukir satu senyuman. Dia taktau si lelaki memperbodohkannya, tapi dia tetap menjaga hati si lelaki kerana takmau si lelaki merasa bosan dengan dirinya. Dia taktau didalam hati si lelaki sudah tersimpan nama perempuan lain, tapi dia tetap berada di sisi si lelaki setia menemaninya. Dan sekarang...Tiap hari dia bangun dari tidur, dia dah jarang nampak si lelaki. sekarang baru dia sedar yg dirinya tak diperlukan lagi oleh lelaki tu, rupanya si lelaki buang dia dengan penuh rasa benci. takda sikitpun tersisa rasa sayang di dalam hati lelaki itu, walau sikit..sekadar utk menumpang. semunya hilang sekelip mata.
-SDA- Jaga diri, bila esok saya tiada, tataplah blog ini. sebab blog ini memang saya tinggalkan utk awak :)
No comments:
Post a Comment